Unclaimed Money / Wang Tak Dituntut – Jom Semak Kot2 Ade Terselit Serat Dua..

Perkongsian dari rakan FB : Azaman Ahmad

Assalamualaikum..

Pernah dengar kan tentang “Wang Tak Dituntut” atau “Unclaimed Money”. Pernah viral dulu pasal ni.

Ada juga terbaca rakan facebook dpt claim duit ni kat Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).

Jadi nak ceritalah semalam, Selasa 16 Oktober, saya teringat pasal wang tak dituntut ni. Kebetulan saya dan isteri ada masa free. Lepas hantar anak ke SRA BBST, sayapun ajak isteri pergi ke JANM di Presint 2, Putrajaya.

Kami sampai sekitar pukul 3.00 ptg di kaunter JANM. Kosong, takde orangpun. Terus jumpa pegawai yg bertugas. Hanya perlukan kad pengenalan utk check. Tak lama kemudian pegawai tu print beberapa dokumen.

“Encik punya tak ada apa² yg boleh claim, tapi puan punya ada” bagitau pegawai tu.

Takde rezeki utk saya, tapi ada rezeki utk isteri, alhamdulillah 😊

Ada 4 keping dokumen utk isteri saya yg diprint out oleh pegawai tu. Bermakna ada 4 sumber yg boleh dituntut. Jika kita tengok makin banyak dokumen yg dicetak, maka makin banyaklah sumber wang yg boleh kita tuntut 😀. Sebaliknya jika takde apa² dokumen yg dicetak, maka baliklah kita dgn tangan kosong 😂.

Untuk kes isteri saya ni, 2 dokumen dari 2 akaun bank yg dah ditutup, dan 2 lagi dari syarikat insuran.

Untuk urusan tuntutan, jika jumlah dari akaun bank yg kita nak tuntut tu melebihi RM100.00, kita kena pergi ke mana² cawangan bank yg berkenaan utk dapatkan surat pengesahan. Selepas tu baru boleh dtg semula ke JANM bersama surat pengesahan utk proses tuntutan. Saya dan isteri kena buat ni. Selain tu kita kena bawa juga buku bank kita yg masih kita gunakan (apa² bank pun). Jika takde buku bank, bawa saja apa² dokumen yg boleh mengesahkan kita adalah pemilik akaun bank tersebut. Ini bagi tujuan pembayaran wang yang kita tuntut. Jadi kalau sesiapa yg nak pergi tu, siap² bawa buku bank, selain kad pengenalan. Kalau memang ada wang yg boleh dituntut, boleh terus proses, dan lepas tu kena tunggulah duit tu masuk akaun, tapi taklah serta merta, ada tempoh tertentu.

Begitulah ceritanya… kepada yg bercadang nak pergi tengok kat JANM kot² ada wang yg boleh dituntut, moga cerita saya ni dapat memberi sedikit panduan… dan moga ada juga rezeki untuk anda 😊

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *