Masjid ini kelihatan seperti dari planet lain tetapi sebenarnya ia terletak di Bandar Pendidikan Qatar.
Dari luar ia kelihatan seolah-olah ia adalah kapal angkasa yang baru sahaja mendarat.
Anda boleh lihat ada dua menara yang naik tinggi ke udara, ia sebenarnya menghala ke Makkah – arah solat untuk umat Islam di seluruh dunia.

Halaman di tengah-tengah Masjid dihiasi dengan seni khat dan corak geometri.
Masjid ini mempunyai lima tiang yang mewakili Rukun Islam.

Di dalamnya, ada kemudahan solat untuk lelaki di bawah dan ruang untuk wanita di galeri di atas – Masjid mempunyai kapasiti untuk 1,800 orang. Ayat-ayat Al-Quran boleh dilihat di tengah siling yang membawa kepada Mihrab – ceruk yang terdapat dalam reka bentuk Masjid tradisional yang menunjukkan arah kiblat.

Ciri unik adalah pencahayaan yang dipancarkan dari lubang segitiga dengan saiz yang berbeza. Bagi para umat Islam yang solat di dalam, ia seolah-olah mereka bersolat di bawah bintang-bintang!


Mihrab mempunyai tekstur emas dan ayat Al-Quran yang diterjemahkan sebagai:
“Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah Masjid Al-Haram (tempat letaknya Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkan muka kamu ke arahnya.. “2: 144

Sumber: LaiciKang
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Menyirap