Bayi berambut lebat ada lebih 309,000 pengikut Instagram

SEBELUM ini kecoh bayi Jepun berambut lebat curi perhatian orang ramai di Instagram (IG).

Bayi comel yang kini sudah berusia 10 bulan itu berjaya mencuri hati ramai pengguna media sosial kerana rambutnya yang cukup lebat.

Dikenali sebagai Baby Chanco itu dilahirkan pada Disember 2017 dengan rambut hitam yang lebat.

Ibunya mula memuat naik gambarnya di media sosial selepas umurnya mencapai empat bulan, malah dia kini mendapat ramai peminat dari seluruh dunia.

Sehingga hari ini, 30 Oktober, bintang cilik Instagram ini sudah mempunyai lebih  309,000 pengikut di laman Instagramnya.

Dalam catatan terbarunya, Chanco yang sedang bermain kuda mainan dan telah mendapat hampir 67,000 tontonan.

Malah video baby Chanco sedang merangkak itu pernah mendapat lebih 144,955 tontonan.

Rata-rata pengikutnya, memuji bayi comel yang bermata besar dan berambut lebat itu.

“Makin besar,” tulis prytnaaa

“Iyaaaaa…,” tulis niayulitaniyul

“Dia buat saya tersenyum. Sangat cantik,” tulis deegofun.

“Saya peminat Korea. Bayi itu sangat cantik. Saya akan sentiasa bersorak dari jauh,” tulis yunha_ko.

 

Sumber : SinarHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *