8 Tempat Travel Yang Menarik dan Murah

1. Taman Negara, Pahang

26777232-canopy-walk-in-taman-negara-national-park-malaysia-stock-photo

Siapa yang study dekat KL ni mesti bosan dengan bandar kan? Tempat ni memang sesuai la, udara segar and tak busy macam di bandar. Lagipun Malaysia kan terkenal dengan flora dan fauna di hutan-hutan Malaysia. Antara tempat yang WAJIB dilawati adalah Taman Negara Pahang yang terletak di Kuala Tahan, Pahang. Tempat ni agak jauh daripada bandar Jerantut dan ini membuatkan ia amat sesuai untuk “escape” bandar yang busy dan kembali ke alam semula jadi sesuai untuk keluarga, pasangan kekasih atau suami isteri ataupun dengan rakan-rakan.

Apa yang anda boleh lakukan di sana? Tinggal berdekatan dengan hutan agar anda mendapat peluang untuk melihat tapir dan binatang liar yang lain. Anda juga boleh meneroka taman negara Pahang dengan pemandu pelancong atau menyertai pelbagai aktiviti seperti melayari sungai. Anda juga boleh menyertai lawatan ke perkampungan Orang Asli untuk mempelajari lebih banyak mengenai mereka.

Tempoh perjalanan dari Kuala Lumpur: 3 jam 30 minit
Tekan di sini untuk lokasi
Budget: RM200 seorang, 2 hari 1 malam

2. Sekinchan

paddy-field-mb

Sekinchan adalah satu perkampungan nelayan dari 1920an yang terletak di Sabar Bernam, Selangor.

Kawasan perikanan utama adalah Bagan di mana kebanyakkan nelayan Teow Chew mendapat rezeki mereka. Pada hari ini, Sekinchan telah berkembang menjadi kawasan partanian yang banyak menghasil bekalan beras ke seluruh Malaysia dan menjadi kawasan pelancongan.

Sebelum melawat Sekinchan, pastikan anda melawat semasa musim menuai kerana musim menuai adalah masa yang paling sesuai untuk melihat sawah padi di Sekinchan. Mac ke May dan September ke November adalah tempoh masa yang paling sesuai untuk anda melawat, anda boleh melihat sawah padi yang hijau bertukar menjadi kuning keemasan. Mesti best kan ambil gambar dengan latar belakang sawah padi yang kuning keemasan?

Selain itu, anda juga boleh melawat Pantai Redang untuk berpiknik dan menikmati makanan laut di restoran berdekatan. Jangan risau! Terdapat beberapa restoran dan tempat makan yang halal di Sekinchan, halal dan sedap! Google je, confirm ada.

Jika anda akan bermalam di Sekinchan, jangan lupa untuk menyertai lawatan kelip  kelip yang ada di Kuala Selangor. Dengar kata ramai yang datang dari jauh untuk lawatan ini dan lawatan ini agak romantik. Tips! Bawa isteri anda!

Tempoh perjalanan dari Kuala Lumpur: 90 minit
Tekan di sini untuk lokasi
Dapatkan lebih banyak maklumat di sini (dalam Bahasa Inggeris)
Budget: RM50 seorang (jika berkongsi kereta dan tidak bermalam)

3. Melaka

malacca-attraction-teaser

Melaka, bandar bersejarah. Siapa yang tak tahu cerita Parameswara yang menemui tempat yang sempurna untuk perdagangan dan bandar pertama di Malaysia. Dengan seni bina yang masih mengekalkan sejarah penjajahan Portugal, banyak kawasan yang anda perlu lawati seperti A Famosa, Museum Maritim dan banyak lagi.

Nak cakap tentang makanan kat Melaka pula! Panjang sangat nak senaraikan makanan yang anda mesti cuba kat Melaka ni, kedai-kedai di Jonker Street, gerai-gerai di Jonker Street, Klebang Coconut Shake, Satay Celup, makanan Baba Nyonya, chicken rice ball dan banyak lagi lah. Kalau nak tau tempat yang sedap, tanya orang Melaka!

Tempoh perjalanan dari Kuala Lumpur: 2 jam
Tekan di sini untuk lokasi
Budget: RM50-80 seorang (berkongsi kereta dan tidak bermalam)

4. Sekeping Serendah

sekepingserendah

Tempat yang amat sesuai untuk pasangan suami isteri yang ingin bersendirian dan bebas daripada kehidupan di bandar.

Tempat ni terletak dalam kawasan hutan. Bayangkan anda bangun pagi dengan bunyi burung dan cengkerik. Tempat ini memang kelihatan sangat asas dan minimalis agar pelawat boleh menikmati kawasan sekeliling. Anda boleh mengadakan BBQ dan memasak. Kolam renang juga ada disediakan.

Sekeping Serendah terletak di kawasan Serendah berdekatan dengan perkampungan Orang Asli. Sekeping Tenggiri dan Sekeping Kong Heng terletak di Bangsar dan Ipoh dengan konsep tempat percutian. Pastikan anda membuat tempahan dahulu!

Tempoh perjalanan dari Kuala Lumpur: 1 jam
Tekan di sini untuk lokasi
Budget: RM100 seorang (2D1N)

5. AwanMulan, Seremban

awan-mulan-negeri-sembilan-2

Mempunyai konsep yang lebih kurang sama dengan Sekeping Serendah, AwanMulan mempunyai lebih banyak tempat penginapan. AwanMulan juga mempunyai restoran yang menghidangkan makanan dari sarapan pagi ke makan malam ataupun anda boleh menyedia BBQ anda sendiri. Yang lagi best, sesiapa yang ada binatang peliharaan boleh membawa binatang anda ke AwanMulan.

Tempoh daripada Kuala Lumpur: 1 jam
Tekan di sini untuk lokasi
Budget: RM300-400 seorang (2D1N)

6. Tadom Hill Resort

tadom-hill-resorts

Resort ini dikelilingi 40 ekar bukit batu kapur, tasik dan terselindung daripada kesibukan di bandar. Tadom Hill mempunyai beberapa pilihan untuk penginapan seperti Bamboo Hut, Hammock Spheres, Lakeside Tent Sites, Garden Tent Sites dan Gendui Chalets. Kebanyakkan struktur bangunan diperbuat daripada buluh. Terdapat banyak aktiviti yang dibahagikan mengikut kawasan seperti kawasan Tandom Groove dan Tandom Base. Tempat ni sesuai untuk aktiviti berkumpulan seperti dengan rakan-rakan dan keluarga.

Tempoh perjalanan dari Kuala Lumpur: 45 minit
Tekan di sini untuk lokasi, video di sini
Budget: RM50-100 seorang (2D1N)

7. Sungai Chiling, Pahang

Sungai Chiling yang lebih dikenali sebagai “Chiling Falls” atau “Chiling Waterfall.” Kawasan ini diselenggara oleh Selangor State Fisheries Department untuk melindungi ikan-ikan seperti ikan kelah yang ada di Sungai Chiling. Pelawat perlu berjalan selama 30-45 minit untuk sampai ke kawasan air terjun. Anda akan melalui hutan yang penuh dengan flora fauna dan anda disarankan untuk menggunakan kasut yang bersesuaian.

Anda juga disarankan untuk membawa bekalan makanan kerana tidak ada restoran atau kedai di kawasan air terjun. Waktu operasi Sungai Chiling adalah pukul 8 pagi sehingga 6 petang. Sebaiknya anda perlu meninggalkan kawasan air terjun selewat pukul 4 kerana anda akan mengambil masa lebih kurang sejam untuk turun ke bawah. Untuk yang ingin bermalam, terdapat tapak perkhemahan yang disediakan dan BBQ serta aktiviti rekreasi yang lain juga dibenarkan.

Tempoh perjalanan daripada Kuala Lumpur: 1 jam 30 minit
Tekan di sini untuk lokasi
Budget: RM100 seorang (2D1N)

8. Sasaran, Kuala Selangor

Kawasan yang semakin terkenal baru-baru ini kerana anda boleh mengambil gambar dengan “mirror effect.” Pastikan anda membuat tempahan awal kerana ini merupakan tempat yang “hot” kerana tempat yang mempunyai banyak flora fauna yang menarik, dekat dengan bandar dan sesuai untuk lawatan sehari. Dengan mendapatkan tempahan juga anda akan mendapat pemandu pelancong yang akan memastikan anda tiba pada masa yang sesuai untuk mendapat gambar yang cantik. Untuk ke kawasan tersebut, anda perlu mengambil bot selama 45 minit. Harga tempahan adalah RM65 untuk 15-20 orang dan lengkap dengan makanan tengahari dan snek.

Tempoh perjalanan daripada Kuala Lumpur: 1 jam
Tekan di sini untuk lokasi, maklumat di sini
Budget: RM100 seorang

Sumber: hostelhunting.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *