Setiap hamba di muka bumi ini mempunyai rezeki masing-masing yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. Kita seharusnya bersyukur dengan segala apa yang dikurniakan oleh Allah.
Tanpa disedari, kesihatan yang baik serta umur yang panjang merupakan antara rezeki yang diberikan oleh Allah kepada kita. Ketahui 8 jenis rezeki yang diberikan Allah kepada hamba-hamba-Nya.
#1- Rezeki Yang Telah Dijamin
“Tidak ada satu makhluk melata pun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin ALLAH rezekinya.”
Surah Hud : 6
#2- Rezeki Kerana Usaha
“Tidaklah manusia mendapatkan apa-apa kecuali apa yang dikerjakannya.”
Surah An-Najm : 39
#3- Rezeki Kerana Bersyukur
“Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu.”
Surah Ibrahim : 7
#4- Rezeki Tidak Terduga
“Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.”
Surah At-Thalaq : 2-3
#5- Rezeki Kerana Istighfar
“Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyakkan harta.”
Surah Nuh : 10-11
#6- Rezeki Kerana Bernikah
“Dan nikahlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak dari hamba sahayamu baik laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, maka ALLAH akan memberikan kecukupan kepada mereka dengan kurniaNya.”
Surah An-Nur : 32
#7- Rezeki Kerana Anak
“Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu.”
Surah Al-Israa’ : 31
#8- Rezeki Kerana Sedekah
“Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada ALLAH, pinjaman yang baik (infak & sedekah), maka Allah akan melipatgandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak.”
Surah Al-Baqarah : 245
Mudah-mudahan bertambah rezeki untuk kita semua. Aamin.
Sumber: Tazkirah.net
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Menyirap